|
|
 |
"People
don't care how much you know
until they know how much you care."
John Maxwell |
Thursday, June 29, 2006
Channel Suria, ok?
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan hambanya ini peluang untuk bermesra dengan rakan-rakan pada hari Rabu yang baru lalu ini. Hamba benar-benar syukur.
Entah kenapa, tetapi buat kali kedua turut-menurut, ku telah merasa serius dan... serba salah, serba kekurangan pada hujung hari setelah berhibur dengan Shad, Ezza, Ama dan hari ini Wan. Bukan salah kawan-kawanku, tidak. Mungkin kerana saya sudah penat mental dan jasmani? Mungkin kerana saya tidak boleh membenarkan diri sendiri rasa gembira berpanjangan? Mungkin merasa serba salah meluahkan kata-kata kasar dalam gurauan and bicara? Mungkin.. terlalu banyak mungkin tetapi jawapan masih luar genggamanku.
Jangan salah sangka. Hari ini memang seronok. Mana tak seronok, bermula dengan bowling, diikuti dengan pool hingga Maghrib, solat lalu makan dan akhir sekali berjalan di tepi pantai. Mungkin yang kurang adalah dalam bowling dan pool, ku tak dapat mencapai prestasi yang memuaskan. Tidak mengapa... bagi chance ah korang! Siap sahajalah pertempuran kami pada masa depan. Hahaha..
Mungkin juga esok kita akan bertemu lagi. Mungkin ke Sentosa; Shad sebenarnya mahu memetik gambar di pulau itu tetapi rencana berubah. Tengoklah bagaimana esok.. kalau diizinkan, Alhamdulillah. Insya Allah ku dapat turun - banyak juga tugasku yang harus diselesaikan.
++++
Feel like bloggin in Malay. Been a while since I wrote in my Mother Tongue, thought it'll be a good practice. If there're errors (I suspect quite a lot -_-"), just close one eye and move on, ya? Thank ye..
- - x x x -
-
|
|